[VIDEO] Isu 2 jawatan tertinggi UMNO: Ahmad Maslan tak nak jawab

Ahmad Maslan ketika sidang akhbar mengenai PAU di Bangunan Dato’ Onn pada Selasa.
Ahmad Maslan ketika sidang akhbar mengenai PAU di Bangunan Dato’ Onn pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Persoalan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan dipertandingkan atau tidak pada pemilihan parti akan datang, masih menjadi teka-teki.

Ketika diajukan soalan berkenaan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat mengelak untuk menjawab soalan yang diajukan pihak media.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ialah pada minggu depan. Lain betul jawapan, macam sengaja sahaja. Tak nak menjawab," katanya pada sidang akhbar mengenai PAU di Bangunan Dato' Onn pada Selasa.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan, mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan berlangsung pada 5 Januari ini dan segala isu mengenai pemilihan parti kemungkinan dibincangkan.

“(Mengenai) Pemilihan juga belum dibincangkan dan boleh dibincangkan pada 5 Januari ini dan kita ada satu lagi mesyuarat khas MKT pada 12 Januari, namun ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan pada Khamis ini.

“Kita juga akan bincangkan jemputan parti-parti daripada Kerajaan Perpaduan dalam PAU dan sebagainya,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai PAU 2022, beliau memaklumkan, hanya ada satu usul yang akan dibahaskan oleh perwakilan iaitu ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sebelum ini, kita ada ucapan dasar presiden, usul mengenai pendidikan, agama dan ekonomi. Itu kalau tiga hari, boleh (dilakukan) tetapi kali ini hanya ada dua hari.

“Kita bukan kerajaan sepenuhnya dan kini bersama Kerajaan Perpaduan, dahulu diadakan usul-usul lain kerana menteri yang berkaitan daripada UMNO boleh menjawab.

“Sebab itu kita tumpukan ucapan dasar presiden dan sudah tentu menyentuh hal-hal berkaitan pendidikan, agama, ekonomi, politik dan antarabangsa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: