PRN: Majlis Presiden PH adakan mesyuarat 7 Januari ini

Saifuddin Nasution bersalaman dengan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia ketika melakukan lawatan rasmi beliau di Jabatan Penjara Malaysia, pada Selasa. - Foto Bernama
Saifuddin Nasution bersalaman dengan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia ketika melakukan lawatan rasmi beliau di Jabatan Penjara Malaysia, pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KAJANG - Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat rasmi berhubung persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya jarang nak komen berkenaan politik semasa menjalankan tugas rasmi, cuma saya nak beritahu pada 7 Januari hari Sabtu, 4 petang Majlis Presiden PH akan mengadakan mesyuarat rasmi tahun ini.

"Saya percaya kita akan bincang 'post-mortem' Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan persiapan PRN di enam negeri yang akan berlangsung nanti," katanya pada sidang media selepas selesai lawatan kerja ke Ibu pejabat Penjara Malaysia di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berhubung status kerja sama antara PH-BN menjelang PRN yang dijangka akan berlangsung kurang daripada enam bulan lagi melibatkan negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor.