X

Kindly register in order to view this article
!

Guardian tawar penjimatan sehingga 50 peratus

A
A

PELANGGAN boleh mendapatkan tawaran dan penjimatan hebat sehingga 50 peratus untuk produk seperti penjagaan kulit dan kesihatan bersempena dengan pameran 'Let's Go Natural' di Guardian pada bulan ini.

Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Timur Selatan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Dy Cho berkata, falsafah jenama Guardian adalah berkonsepkan kecantikan dan sihat.

“Menjadi cantik bermakna perlu mempunyai kecantikan di dalam dan luar. Bersandarkan kepada faktor itu, kunci kepada kesihatan yang baik adalah daripada kecantikan sejati. Jika anda sihat di dalam, anda akan menjadi cantik di luar," katanya pada Pameran 'Let's Go Natural' di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Justeru itu, katanya, menjadi komitmen kami kepada pelanggan dalam membawa jenama dari produk semulajadi mengikut kepada trend terkini untuk pasaran kesihatan dan kecantikan global.

"Ini kerana produk yang mempunyai bahan semulajadi mendapat permintaan tinggi dan saya bangga dengan jenama mesra alam dan produk eksklusif di Guardian.

Katanya, pengambilan produk semulajadi adalah komponen penting untuk kekal cantik dan sihat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!