Anwar hadir program Munajat Ambang Tahun Baharu

Anwar (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Putra, Putrajaya sempena Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 pada Sabtu.
Anwar (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Putra, Putrajaya sempena Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Putra, Putrajaya bagi menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023.

Beliau yang lengkap berbaju Melayu berwarna krim berserta samping dilihat tiba di sini pada jam 6.21 petang.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Dianggarkan lebih daripada 1,000 pengunjung yang hadir ke masjid tersebut bagi mengikuti majlis munajat berkenaan.

Anwar dijadualkan bakal memberi ucapan amanat khas pada jam 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada jam 8.30 malam.

Pada Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput orang ramai hadir memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu.

Program pengisian malam tahun baharu 2023 itu bermula jam 6.30 petang dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada jam 7.15 malam.

Artikel Berkaitan: