JPPKK bantu pelajar, kakitangan terjejas banjir

JPPKK menyerahkan sumbangan kepada warganya yang diuji dengan musibah banjir.
JPPKK menyerahkan sumbangan kepada warganya yang diuji dengan musibah banjir.
A
A
A

BESUT - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan barang keperluan serta tunai berjumlah RM40,000 kepada lapan pelajar dan kakitangan mereka yang terjejas banjir di Besut baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pengarah JPPKK, Dr Mohd Zahari Ismail yang turun padang ke Kolej Komuniti Besut (KKBT) sempena Program Pasca Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2022 Warga Politeknik dan Kolej Komuniti.

Menurut Mohd Zahari, program itu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan JPPKK kepada pelajar serta kakitangannya yang diuji musibah banjir besar hingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit selepas kehilangan harta benda.

“Seramai enam pelajar dan dua kakitangan politeknik serta kolej komuniti zon timur telah terjejas dalam kejadian banjir kali ini.

Mohd Zahari (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar yang merupakan mangsa banjir di Besut.
Mohd Zahari (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar yang merupakan mangsa banjir di Besut.

“Selain wang tunai, kita turut memberi sumbangan barang keperluan yang keseluruhan bernilai RM40,000 dan diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mereka.

“Ini merupakan hasil sumbangan daripada dari Kelab Rekreasi dan Sukan (ResClub) JPPKK, Briged Sukarelawan (BRiSK) Kolej Komuniti Negeri Pahang, Sukarelawan Yes Politeknik Malaysia dan Politeknik Kota Bharu (PKB),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Selain itu beliau berkata, Pasukan BRiSK Kolej Komuniti Negeri Pahang turut menghulurkan tenaga melalui aktiviti pembersihan pasca banjir di rumah mangsa yang terjejas.

Artikel Berkaitan:

“Ini merupakan salah satu khidmat sosial warga JPPKK kepada masyarakat,” katanya.