Dua cedera, bas bawa 30 penumpang terbalik

Keadaan bas terbalik selepas terbabas. - Foto ihsan JBPM Selangor
Keadaan bas terbalik selepas terbabas. - Foto ihsan JBPM Selangor
A
A
A

RAWANG - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga Thailand dan seorang kanak-kanak warga Indonesia cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres terbalik berhampiran Plaza Tol Rawang pada Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 1.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) tiba di lokasi kejadian pada 1.46 pagi.

Menurutnya, bas membawa 30 penumpang itu dilaporkan terbabas dan terbalik di lokasi iaitu 500 meter dari Plaza Tol Rawang arah Selatan.

"Penumpang terdiri daripada 16 lelaki dewasa, 12 wanita dan dua kanak-kanak perempuan.

"Kanak-kanak perempuan cedera di kaki kanan dan wanita berusia 65 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan," katanya pada Sabtu.

Keadaan dalam bas selepas kejadian.- Foto ihsan JBPM Selangor
Keadaan dalam bas selepas kejadian.- Foto ihsan JBPM Selangor

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.