Pencapaian kena konsisten

Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia di Tokyo, Ogos lalu. Gambar kecil: Mohd Sadek
Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia di Tokyo, Ogos lalu. Gambar kecil: Mohd Sadek
A
A
A

PENCAPAIAN diraih atlet dan pasukan dalam beberapa kejohanan sepanjang 2022 boleh disifatkan sebagai sesuatu membanggakan

Namun pada masa sama juga prestasi longlai menjadi ancaman utama kepada berapa sukan tertentu selepas mencipta impak positif yang akan memberi kesan besar pada 2023 dalam pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, kejayaan diraih beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan pencapaian tertinggi sukan negara pada tahun ini.

“Bagaimanapun mereka gagal meneruskan prestasi konsisten selepas menjuarai Kejohanan Dunia apabila tewas separuh akhir Terbuka Denmark diikuti kecundang pusingan pertama Terbuka Perancis.

“Prestasi tidak konsisten ini sebenarnya telah menyekat proses kemajuan secara berterusan atlet negara dalam beberapa acara selepas itu.

“Atlet negara sebenarnya perlu mengekalkan prestasi konsisten dari satu kejohanan ke satu kejohanan lain, kerana mereka tidak hanya membawa imej negara tetapi juga penajaan pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Pencapaian Aaron-Wooi Yik di pentas antarabangsa pada 2022 boleh disifatkan paling membanggakan dalam kalangan prestasi atlet negara tahun ini.

Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia di Tokyo, Ogos lalu sekali gus mengakhiri penantian 45 tahun negara untuk melahirkan juara dunia.

Artikel Berkaitan:

Mengenai persatuan sukan kebangsaan pula, Mohd Sadek berkata, kepimpinan pertubuhan sukan tempatan memerlukan pemimpin dinamik yang mampu membawa semangat baharu kepada organisasi itu.

Katanya, persatuan sukan kebangsaan di negara ini masih terlalu bergantung harap kepada dana daripada kerajaan untuk memacu kelangsungan program pembangunan masing-masing.

“Ini antara faktor yang secara tidak langsung menjejaskan proses pembangunan dalam kalangan atlet sukan negara Seharusnya persatuan sukan kebangsaan mencontohi langkah diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya percaya akan hadir sinar dalam sukan negara sekiranya tahap profesional dalam pengurusan, dan pembangunan atlet.

“Sebenarnya atlet dahagakan penyampaian luar biasa, jurulatih yang kreatif dan inovatif serta sokongan berterusan daripada pemegang taruh demi memajukan dan meletak sukan negara di landasan terbaik di pentas antarabangsa,” katanya.