Nor Azam sambung kontrak bersama Pahang FC

Nor Azam
Nor Azam
A
A
A

SRI Pahang FC mengesahkan pemain tengahnya, Nor Azam Azih kekal bersama skuad pantai timur itu untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara itu diumumkan Sri Pahang FC melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka pada Jumaat.

"Tonggak tengah kelahiran Maran ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal bersama Sri Pahang.

"Bintang kesayangan penyokong yang juga pemain paling lama di dalam skuad Tok Gajah ini tekad mahu membantu pasukan kembali bangkit seterusnya mengharungi musim 2023 yang lebih baik," kata hantaran tersebut.

Sebelum ini, Nor Azam yang juga antara tonggak utama Harimau Malaya dikatakan akan berhijrah ke kelab lain selepas tujuh tahun bersama pasukan itu.

Dalam pada itu, Sri Pahang FC turut mengumumkan pemain sayap, Baqiuddin Shamsudin akan kekal menyarung jersi Sri Pahang setelah menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

"Baqiuddin telah menjadi antara sandaran penting di posisi sayap sejak dua musim lalu dan dia teruja untuk terus berbakti dengan negeri kelahirannya," katanya.

Artikel Berkaitan: