Jamal Khashoggi 'Person of the Year'

 Khashoggi bersama beberapa wartawan lain dinamakan sebagai 'Person of the Year'
Khashoggi bersama beberapa wartawan lain dinamakan sebagai 'Person of the Year'
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang dibunuh kejam di Konsulat Riyadh di Istanbul dinamakan sebagai 'Person of the Year' oleh majalah Time, semalam.

Beliau turut berkongsi gelaran itu bersama beberapa wartawan lain yang digelar sebagai 'penjaga' kebenaran seperti Maria Ressa dan Wa Lon serta Kyaw Soe Oo yang kini dipenjarakan di Myanmar.

"Jika dilihat pada senarai pilihan, jelas menunjukkan manipulasi dan salah guna kebenaran menjadi kisah utama pada tahun ini. Jadi, kami memilih mereka yang sanggup mengambil risiko untuk memburu kebenaran bermula dengan Khashoggi," kata Ketua Editor Time, Edward Felsenthal.

Difahamkan, gelaran tahunan yang telah diberikan sejak 1927 itu menyaksikan empat muka hadapan berlainan untuk edisi pada minggu ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: