Ronaldo terpahat sebagai kisah silam

Rashford (tengah) meraikan kejayaannya meledak gol pembukaan ketika membantu United menewaskan Forest 3-0 pada Rabu. - Foto EPA
Rashford (tengah) meraikan kejayaannya meledak gol pembukaan ketika membantu United menewaskan Forest 3-0 pada Rabu. - Foto EPA
A
A
A

KELAB Manchester United melangkah ke depan dan sudah melupakan pemain kontroversi, Cristiano Ronaldo, kata Christian Eriksen.

United memenangi aksi pertama Liga Perdana Inggeris sejak kontrak Ronaldo ditamatkan setelah mengalahkan Nottingham Forest 3-0 di Old Trafford pada Rabu.

Eriksen memberitahu, nama Ronaldo akan tercatat dalam sejarah kejayaan United, tetapi pemain Denmark itu berkata ia sudah menjadi kisah silam.

"Kami sedih Ronaldo tidak menjadi sebahagian daripadanya - legasi dan namanya di kelab ini sangat istimewa.

"Bola sepak perlu diteruskan. Pada perlawanan seterusnya, orang akan melupakan apa yang sudah berlaku. Fokus kami kini adalah tanpa kehadirannya," kata Eriksen.

Kemenangan United ke atas Forest meletakkan mereka hanya satu mata di belakang Tottenham Hotspur yang menghuni tangga keempat.

Eriksen membantu gol pertama jaringan Marcus Rashford yang meledak gol ke-10 pada musim ini.

"Marcus bermain dengan baik. Saya belum pernah berada di atas padang di mana dia tidak beraksi dengan baik. Saya harap dia dapat meneruskannya," ujar Eriksen.

Artikel Berkaitan:

Dua lagi gol United dihasilkan menerusi jaringan Antony Martial pada minit ke-23 dan Fred (m-87).