Banjir di Kelantan pulih

Anggota APM membersihkan dan menjemur khemah yang digunakan oleh mangsa banjir di PPS.
Anggota APM membersihkan dan menjemur khemah yang digunakan oleh mangsa banjir di PPS.
A
A
A
KOTA BHARU - Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini yang menempatkan mangsa banjir ditutup sepenuhnya pada Rabu.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, PPS terakhir Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh, Pasir Mas ditutup pada jam 5.30 petang tadi.

Selepas 12 hari beberapa jajahan di negeri ini dilanda banjir sehingga mencecah 31,000 mangsa, Pasir Mas menjadi jajahan terakhir yang menutup PPS.

Wajah cerita anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas selesai kerja mencuci PPS.
Wajah cerita anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas selesai kerja mencuci PPS.

Antara jajahan lain yang turut terjejas ialah Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Bachok.

Gua Musang menjadi jajahan yang bebas banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini manakala paras air di semua sungai di negeri ini kembali normal.

Artikel Berkaitan: