Anthony buat pemeriksaan mengejut di KLIA 2

Anthony melakukan pemeriksaan KLIA 2.
Anthony melakukan pemeriksaan KLIA 2.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 sebelum majlis pelancaran 'Fixed Fare Midnight Flight' anjuran AirAsia, pagi tadi.

Anthony menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan pemeriksaan itu dibuat bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di tingkat 1, KLIA 2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

"Pagi tadi, sebelum saya melancarkan 'fixed fare midnight flights' di Red Q, AirAsia, saya telah membuat spot-check di KLIA2.

"Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Level 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai," katanya.

Anthony melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.
Anthony melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Menurut beliau, terdapat beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.

"Salah satu ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna dan sistem pencahayaan juga akan ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang," ujarnya.

Anthony berkata, susulan itu, pihak pengurusan telah melantik kontraktor dan kerja menaik taraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, saya mengajak semua stakeholders (pihak berkepentingan) untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang kita," katanya.