Siti Rohani menang kereta Honda City

Goh (tujuh dari kiri) bersama pemenang ‘MR D.I.Y. x MyDebit Je’ yang diadakan dalam satu majlis baru-baru ini.
Goh (tujuh dari kiri) bersama pemenang ‘MR D.I.Y. x MyDebit Je’ yang diadakan dalam satu majlis baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Pereka grafik, Siti Rohani Mohamad telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Honda City Hatchback 1.5L S menerusi peraduan MR D.I.Y. x MyDebitJe yang dianjurkan oleh MR D.I.Y dan MyDebit.

Siti Rohani, 36, dari Shah Alam merupakan pemenang utama peraduan itu teruja dan tidak sabar untuk memandu kereta tersebut serta berkongsi kegembiraan bersama keluarganya.

“Saya jarang memenangi cabutan bertuah dalam pertandingan atau peraduan sebelum ini. Apabila membeli barang di MR D.I.Y, saya selalu membuat pembayaran dengan menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM). Saya hanya mahu mencuba dan mengambil peluang untuk menyertai peraduan ini.

“Untuk menyertai peraduan ini, saya hanya perlu membuat pembayaran tanpa tunai dengan menggunakan kad ATM MyDebit di MR D.I.Y seperti biasa. Kemenangan kereta ini telah menceriakan hari saya,” katanya dalam satu kenyataan.

MR D.I.Y telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang ‘MR D.I.Y. x MyDebit Je’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Siti Rohani (tengah) menerima replika kunci daripada Goh (kanan) selepas diumumkan sebagai pemenang peraduan ‘MR. D.I.Y. x MyDebit Je’.
Siti Rohani (tengah) menerima replika kunci daripada Goh (kanan) selepas diumumkan sebagai pemenang peraduan ‘MR. D.I.Y. x MyDebit Je’.

Peraduan ‘MR D.I.Y. x MyDebit Je’ telah diadakan bermula 1 Julai hingga 30 September 2022 telah dibuka kepada semua pelanggan MR D.I.Y., MR DOLLAR, dan MR TOY di seluruh negara.

Peraduan itu diadakan bertujuan untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai untuk pembelian harian, dianjurkan bersama oleh Kumpulan MR D.I.Y. dan kad ATM MyDebit, dikendalikan oleh rangkaian pembayaran nasional Malaysia, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Artikel Berkaitan:

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, MR D.I.Y. mahu menjadikan pengalaman pembelian sesuatu yang menarik dan menguntungkan kepada pelanggannya.

“Banyak cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan peraduan seperti ini merupakan cara yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada semua,” katanya.

Selain Siti Rohani yang memenangi hadiah utama, seramai 30 pemenang lain membawa pulang pelbagai hadiah termasuklah telefon pintar, televisyen UHD 50 inci, dan peti sejuk 500 liter.

Selain itu, baucar tunai dari MR. D.I.Y. dan MR. DOLLAR bernilai RM100 setiap satu juga disampaikan sebagai hadiah sagu hati kepada 1,000 pemenang.

Untuk menyertai peraduan itu, pelanggan hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM50 dalam satu resit melalui kad ATM, kemudian mengimbas kod QR, dan mengirim gambar resit pembelian mereka melalui WhatsApp atau Whoop untuk menghantar penyertaan mereka.

Senarai penuh pemenang telah disiarkan di laman Facebook MR D.I.Y. di sini shorturl.at/dmoBV.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari laman web, mrdiy.com, dan media sosial, Facebook, dan Instagram.