Covid-19: Kes menurun kepada 480, empat kematian

Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan apabila sejumlah 480 kes baharu direkodkan pada Isnin. - Foto fail Bernama
Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan apabila sejumlah 480 kes baharu direkodkan pada Isnin. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan apabila sejumlah 480 kes baharu direkodkan pada Isnin berbanding 609 kes pada Ahad.

Berdasarkan kemas kini di portal KKMNOW, sejumlah 473 kes jangkitan baharu melibatkan kes tempatan, manakala 7 kes import.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi iaitu 199 kes; diikuti Pulau Pinang 46 kes; Kuala Lumpur (44); Sarawak (31); Kedah dan Perak masing-masing (26); Melaka (22); Johor (18); Negeri Sembilan (15); Kelantan (12); Putrajaya dan Sabah masing-masing (11); Pahang (7); Terengganu (4); Perlis (3); dan Labuan (2).

Turut direkodkan empat kematian dan tiada kematian atau kes di luar fasiliti hospital (BID).

Sementara itu, kes aktif juga menurun kepada 13,639 di mana daripada jumlah itu, 12,888 atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 885 pesakit pula mendapat rawatan di hospital dan daripada jumlah itu seramai 45 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 655 kes sembuh.

Artikel Berkaitan: