Arsenal padu di Emirates

Eddie Nketiah
Eddie Nketiah
A
A
A

DENGAN Arsene Wenger memerhati dari tempat duduk penonton, Arsenal bangkit ketinggalan untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Emirates sekali gus mendahului tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

Wenger kembali ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak meninggalkan kelab itu pada 2018 selepas 22 tahun mengendalikan The Gunners sebelum itu.

Bukayo Saka (53'), Gabriel Martinelli (58') dan Eddie Nketiah (69') menjaringkan gol dalam kebangkitan yang memberangsangkan pada separuh masa kedua.

Terdahulu anak buah David Moyes mendahului selepas sepakan penalti Said Benrahma pada minit 27' memberikan West Ham permulaan cemerlang.

Kemenangan itu mengekalkan rekod 100 peratus Arsenal di tempat sendiri dalam liga musim ini

Keputusan itu melonjakkan mereka kepada 40 mata daripada 15 perlawanan, tujuh di hadapan pasukan tangga kedua Newcastle United, yang telah bermain 16 perlawanan.

Anak buah Mikel Arteta berada lapan di hadapan pasukan tempat ketiga Manchester City, yang telah bermain 14 perlawanan.

KEPUTUSAN LAIN

Artikel Berkaitan:

Brentford 2-2 Tottenham Hotspur

Leicester City 0-3 Newcastle United

Aston Villa 1-3 Liverpool

Everton 1-2 Wolves

Southampton 1-3 Brighton

Crystal Palace 0-3 Fulham