Gangguan bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya

Status bekalan air di lima wilayah Pengurusan Air Selangor yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pulih sepenuhnya pada Selasa. - Foto fail Bernama
Status bekalan air di lima wilayah Pengurusan Air Selangor yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pulih sepenuhnya pada Selasa. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Status bekalan air di lima wilayah Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pulih sepenuhnya pada Selasa.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air bagi 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam tadi.

Menurut kenyataan, kawasan terbabit adalah daerah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan agensi itu di laman Facebooknya pada Selasa.

Pada Sabtu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Pencemaran bau dipercayai berpunca daripada tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: