Gangguan air: Bekalan mula disalurkan secara berperingkat

Sebanyak 470 kawasan di lima daerah di Selangor terjejas gangguan air tidak berjadual sejak Sabtu.
Sebanyak 470 kawasan di lima daerah di Selangor terjejas gangguan air tidak berjadual sejak Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 2 petang, Ahad selepas proses pembersihan dan rawatan air selesai.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, dijangka pemulihan bekalan air itu selesai sepenuhnya pada jam 6 pagi, Selasa.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sudah mula beroperasi pada jam 8. 30 pagi tadi, selepas pencemaran bau mencatatkan bacaan kosong ton tiga kali berturut-turut.

Bagaimanapun, operasi pembersihan dan rawatan air perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum bekalan air bersih disalurkan kepada pengguna.

Sebanyak 470 kawasan di lima daerah di Selangor terjejas dengan gangguan air tidak berjadual susulan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir sejak Sabtu.

Kejadian disebabkan tumpahan pati minyak wangi membabitkan sebuah lori membawa muatan cecair berkenaan di Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Pada perkembangan sama, Air Selangor memaklumkan, bacaan kosong ton tiga kali berturut-turut turut dicatatkan LRA Bukit Tampoi.

Artikel Berkaitan:

"Ini membolehkan LRA Bukit Tampoi beroperasi semula pada jam 2.30 petang, Ahad," ujar kenyataan itu.