Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang

Antara rumah yang roboh yang berlaku di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, Sandakan.
Antara rumah yang roboh yang berlaku di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Dianggarkan lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, di sini, pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan.

Ketua BBP Sandakan Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.14 malam.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer dari BBP Sandakan.

Lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang
Lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang

"Menurut laporan, dianggarkan lebih 100 rumah telah roboh dan 500 lagi rumah terancam akibat fenomena air pasang.

"Tindakan pamantauan masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan melaporkan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 telah dibuka bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas di Kampung Forest.

Artikel Berkaitan:

Seramai 162 mangsa dari 29 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Forest telah dikenal pasti terjejas akibat ribut dan dipindahkan ke PPS berkenaan.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS seluruh Sabah termasuk mangsa banjir ialah seramai 1,149 daripada 284 KIR.