Lelaki ditemukan lemas selepas memukat ikan

Mayat mangsa dijumpai di sungai Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu. - Foto Ihsan PDRM
Mayat mangsa dijumpai di sungai Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas keluar memukat ikan di Kampung Pengkalan Ajal di sini pada Jumaat.

Mangsa, Muhammad Haikal Naim Muktar, 20, ditemui dalam keadaan terapung dengan bahagian kakinya tersangkut pada akar pokok di sungai itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa dikatakan keluar ke sungai berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi untuk memukat ikan sebelum ditemui sepupunya bersama seorang rakan yang turut ke lokasi sama.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa naik ke darat oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak melakukan sebarang aktiviti di air bagi mengelak insiden tidak diingini.

Artikel Berkaitan: