54 mangsa terjejas banjir di Selangor

Antara mangsa yang dipindahkan ke PPS di Selangor.
Antara mangsa yang dipindahkan ke PPS di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 54 individu terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa kawasan di Selangor setakat Jumaat.

Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor memaklumkan, jumlah itu membabitkan sebanyak 16 keluarga yang ditempatkan di dua buah PPS yang dibuka pada Khamis.

"Sebuah PPS dibuka di daerah Petaling iaitu di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh yang dibuka pada jam 7 petang, Khamis melibatkan 20 mangsa.

"PPS Dewan MPKS Desa Coufield di dalam daerah Kuala Selangor telah dibuka sekitar jam 7 petang bagi menempatkan 34 mangsa," menurut kenyataan pada Jumaat.

Seramai 54 mangsa dipindahkan berikutan banjir di beberapa lokasi di Selangor.
Seramai 54 mangsa dipindahkan berikutan banjir di beberapa lokasi di Selangor.

Setakat jam 6 pagi Jumaat, jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri mencatatkan penurunan kepada 50,861 orang melibatkan 14,635 keluarga berbanding 66,197 orang pada Khamis.



Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Terengganu merekodkan jumlah tertinggi seramai 25,895 mangsa diikuti Kelantan (24,690), Sarawak (104), Selangor (57), Johor dan Perak (46) serta Pahang (23).



Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berlarutan hingga 24 Disember dan berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri utara, timur Semenanjung dan Sabah.



Artikel Berkaitan: