[VIDEO] ZPP siap siaga hadapi kemelesetan ekonomi, kaji skim bantuan

Amran Hazali
Amran Hazali
A
A
A

SHAH ALAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) sedang membuat penilaian berhubung penambahbaikan skim bantuan institusi tersebut yang akan diberikan kepada golongan asnaf di negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali berkata, inisiatif tersebut dijalankan sebagai kesiapsiagaan menghadapi kemelesetan ekonomi yang dijangka melanda tahun hadapan.

Ujarnya, ZPP turut mengumumkan tentang bayaran menerusi skim agihan khas yang bakal dinikmati golongan susah di Pulau Pinang pada hujung tahun ini.

“Kita tahu ekonomi negara dijangka akan mengalami kemerosotan, jadi kita sudah semak tentang kadar bayaran dalam skim-skim yang dijalankan supaya ia dapat membantu masyarakat nanti.

“Pada masa yang sama, kita baru sahaja putuskan tadi tentang agihan khas pada hujung tahun ini melibatkan fakir miskin, penerima bantuan sara hidup bulanan, penerima bantuan makanan bulanan yang kadarnya akan ita umumkan pada minggu hadapan.

“Insya-ALLAH kita salurkan kepada mereka sebelum memasuki tahun 2023,” kata beliau dalam Program Sinar Live: Perkara mudah, awat dok buat payah yang dihoskan Hazwan Mokhtar.

Sementara itu, Amran menambah, pihaknya turut terbuka menerima kritikan atau respons bagi memastikan kualiti perkhidmatan ZPP lebih meningkat.

“Kita cuba elakkan segala tohmahan negatif daripada sesetengah pihak tentang institusi ini atau institusi zakat di negeri lain, kita alu-alukan respons dan kritikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya tiada siapa lagi yang mampu memberikan dukungan kepada institusi ini melainkan Umat Islam sahaja,” ujarnya.