Kakitangan JPJ, rakan terlepas hukuman gantung

Mohd Azmil (dua dari kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis, daripada tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada 2019 lalu.
Mohd Azmil (dua dari kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis, daripada tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada 2019 lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua rakan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada tahun 2019.

Pesuruhjaya Kehakiman Hasbullah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan, terhadap kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Azmil Mohamad, 34, dan bekerja sendiri, Azima Abd Aziz, 47.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah itu seberat 57.71 gram di sebuah resort di Petaling Jaya, pada jam 9 malam, 4 Januari 2019 lalu.

Pendakwaan kemuka mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama-sama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Siti Suriatey Mohamed Yusoff manakala kedua-dua individu itu diwakili peguam, Yazzer Azzad dan M Hafiz Zainol Abidin.

Artikel Berkaitan: