Kementerian WP kini dikenali Jabatan Wilayah Persekutuan

Anwar (depan, tengah) bergambar selepas Sesi Taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi yang diadakan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Anwar (depan, tengah) bergambar selepas Sesi Taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi yang diadakan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Wilayah Persekutuan kini distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melalui hantarannya di Facebook memaklumkan, pentadbiran jabatan itu adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Pagi ini (Khamis) saya berkesempatan menghadiri Sesi Taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi bersama Perdana Menteri yang diadakan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sesi taklimat kepada Perdana Menteri telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar berkaitan struktur terkini pentadbiran Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Jabatan yang sebelum ini adalah sebuah kementerian, distrukturkan semula pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya pada Khamis.

Tambah beliau, sebaik selesai taklimat, beliau bersama Perdana Menteri menghadiri Majlis Interaksi Wilayah Persekutuan.

Jelasnya, majlis itu merupakan platform di antara pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan isu kritikal serta cadangan pelaksanaan dasar pembangunan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Kedua-dua majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Solehuddin Alyubi; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail," katanya.

Artikel Berkaitan: