Pencapaian Mac Allister banggakan Brighton

Mac Allister (kiri) beraksi cemerlang di Qatar membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022. - Foto AFP
Mac Allister (kiri) beraksi cemerlang di Qatar membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022. - Foto AFP
A
A
A

AKSI cemerlang Alexis Mac Allister membantu Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 membawa sinar baharu buat kelabnya, Brighton bersaing lebih hebat di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurusnya, Roberto De Zerbi bangga dengan pencapaian Mac Allister dengan berkata, pemain tengah Seagulls itu adalah seorang daripada pemain terbaik di Qatar.

Argentina merangkul trofi berprestij itu buat kali ketiga selepas memenanginya pada 1978 dan 1986.

Kejayaan itu diraih dalam satu aksi dramatik selepas menundukkan Perancis menerusi penentuan penalti Ahad lalu.

De Zerbi tidak bercadang untuk meletakkan Allister terus ke dalam pasukan utama dengan pemain berusia 23 tahun itu diberikan cuti selama dua minggu.

"Kami sangat bangga dengannya," kata De Zerbi menjelang pertemuan pusingan keempat Piala Liga berdepan kelab divisyen tiga, Charlton.

"Saya rasa dia adalah seorang daripada pemain terbaik pada Piala Dunia, gaya permainannya sangat bagus, dia tidak membuat kesilapan dan faham apa yang perlu dibuat sebelum bermain," katanya.

Mac Allister bermula dalam kesebelasan utama pada enam aksi Argentina di Qatar selepas diletakkan di bangku simpanan ketika tewas mengejut kepada Arab Saudi.

Artikel Berkaitan:

"Saya menulis banyak mesej kepadanya. Saya sangat gembira dan begitu juga kelab.

De Zerbi memberitahu, Mac Allister diberi cuti selama dua minggu dan Brighton serta rakan sepasukan akan menantinya untuk meneruskan kejohanan bersama-sama.

"Selepas sebulan di Piala Dunia dia perlu kuat kerana tekanan dan emosi. Dia juga perlu berehat.

"Kami akan menggunakan pemain lain ketika ketiadaannya," katanya.