Banjir: Operasi tren KTMB di Pantai Timur berubah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memaklumkan perubahan status perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran di sektor Pantai Timur yang terjejas akibat banjir.

KTMB menerusi satu hantaran di Facebook berkata, perkhidmatan tren nombor 26 dan 27 (Ekspres Rakyat Timuran) laluan JB Sentral ke Tumpat dan sebaliknya, serta perkhidmatan tren perantara nombor 51, 52, 55, 56, 57, 60 bagi laluan Tumpat-Dabong-Gua Musang-Kuala Lipis dan sebaliknya akan bermula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah.

"Perkhidmatan tren perantara nombor 53 dan 58 (Tumpat-Gua Musang-Tumpat) juga akan bermula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah.

"Perkhidmatan tren perantara 34, 35, 36, 37, 50, 59 bagi laluan Gua Musang-Kuala Lipis-Gemas dan sebaliknya beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

KTMB berkata, tiada perkhidmatan bas akan disediakan dari Tanah Merah ke Tumpat dan sebaliknya.
Artikel Berkaitan:


"Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh membuat pembatalan tiket dan mendapatkan pemulangan tambang mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03 2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB. - Bernama