14 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif di Selangor

Abdul Aziz (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,035,000.000 kepada 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang bernaung di bawah MAIS. - Foto FB MAIS
Abdul Aziz (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,035,000.000 kepada 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang bernaung di bawah MAIS. - Foto FB MAIS
A
A
A
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, antaranya adalah ajaran Millah Abraham@ Ibrahim, Al-Arqam@Rufaqa', Qadiani@Ahmadiah dan fahaman Syiah.

Beliau berkata, orang ramai yang curiga atau keliru mengenai sesuatu ajaran, perlu segera merujuk kepada MAIS dan mereka juga boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk tindakan lanjut.

"Selain itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang mengetahui atau mendapat makluman mengenai ajaran-ajaran ini dan (ia) dibuat secara rahsia sulit serta... dilaksanakan di tempat yang sukar untuk dihubungi, kebiasaannya ia adalah ajaran sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) 2022 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, pada Selasa.
Artikel Berkaitan:


Abdul Aziz berkata, orang ramai juga boleh merujuk kepada 97 PIBK yang berdaftar di bawah MAIS jika mempunyai kesangsian tentang mana-mana ajaran.

Semalam, media melaporkan kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lepas dipercayai kembali aktif, susulan beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan pernah terjebak dengan kumpulan berkenaan. - Bernama