Beberapa sungai di Terengganu melepasi paras bahaya

BANJIR MELAKA
BANJIR MELAKA
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kawasan rendah di sekitar Kampung Lubuk Panjang dan Kampung Gong Terap di Chalok, Setiu bakal dinaiki air sekiranya hujan berterusan malam ini.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Chalok, Jambatan Chalok merekodkan bacaan setinggi 9.39 meter (m) melebihi paras bahaya 8.40 m pada 7.15 malam ini.

Empat sungai di Terengganu juga telah melepasi paras amaran iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak yang merekodkan bacaan 34.2m berbanding paras amaran 34m; Sungai Setiu di Kampung Besut, 17.41m berbanding paras amaran 16.75m; Sungai Nerus di Kampung Langkap (20.65 m} berbanding paras amaran 20.25m dan Sungai Telemong di Kuala Ping (19.09m) berbanding paras amaran 18.70m.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata penduduk perlu sentiasa bersiap siaga dengan sebarang risiko banjir memandangkan tempoh air laut pasang besar juga telah bermula.

"Sekiranya berlaku hujan lebat dan bertembung dengan air laut pasang, ia mengundang risiko banjir di kawasan rendah," katanya. - Bernama.

Artikel Berkaitan: