Perlis lulus bantuan khas RM700 kepada penjawat awam

Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah. - Gambar hiasan
Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah. - Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, bantuan khas yang diluluskan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

"Semoga bantuan khas kewangan ini mampu memberikan suntikan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa hadapan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Petama, DUN Perlis ke-15, di sini.

Mohd Shukri berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Januari 2023. - Bernama

Artikel Berkaitan: