PM doakan kesembuhan buat Pengarah JBPM Selangor

Norazam dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira jam 6 petang tadi akibat mengalami strok ringan dan keletihan.
Norazam dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira jam 6 petang tadi akibat mengalami strok ringan dan keletihan.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan dan kesihatan buat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis.

Anwar menerusi Twitter berkata, beliau mendoakan 'aafiyah' buat Norazam yang mengalami strok dan keletihan ketika dalam operasi menyelamat mangsa tanah runtuh.

"Segala jasa serta keringat kalian ternyata tiada galang ganti," ujarnya.

Norazam yang terlibat sejak hari pertama operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali dikejarkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan strok ringan (minor stroke).

Artikel Berkaitan: