Periuk nasi pun kena rembat

Seekor kera cuba menceroboh rumah penduduk di Kampung Tanjong Kerayong.
Seekor kera cuba menceroboh rumah penduduk di Kampung Tanjong Kerayong.
A
A
A

TEMERLOH - Kehadiran sekumpulan kera yang menimbulkan kacau ganggu, membimbangkan lebih 200 penduduk di Kampung Tanjong Kerayong, dekat Mukim Lebak, di sini.

Tidak hanya berkeliaran di kawasan kampung, kumpulan haiwan itu juga berani menceroboh rumah penduduk.

Bukan sahaja bahan makanan seperti telur dan roti, malah periuk nasi juga turut dilarikan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK), Shahuddin Bachik berkata, kera-kera itu akan muncul pada waktu pagi atau sekitar jam 12 tengah hari.

“Walaupun penduduk menutup segala lubang yang ada di rumah mereka sebaik mungkin, tetapi ada juga kera yang terlepas masuk ke dalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Tanjong Kerayong, di sini semalam.

Shahuddin Bachik
Shahuddin Bachik

Menurutnya, penduduk bimbang akan berlaku kejadian yang tidak diingini jika situasi tersebut dibiarkan berterusan. Katanya, aduan telah dibuat kepada pihak berkaitan dan beliau mengharapkan satu tindakan segera dapat diambil untuk menangani masalah tersebut.

Sementara itu, penduduk, Shahidin Said, 47 mendakwa dia banyak kali bertembung dengan kumpulan haiwan terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Terutamanya di kebun, haiwan-haiwan ini akan datang dan melarikan hasil tanaman penduduk kampung terutamanya buah-buahan.

“Saya amat risau terutamanya keselamatan kanak-kanak di kampung ini sebab memang ada kes kera mengganggu mereka terutamanya di beberapa laluan dalam kampung ini,” katanya.

Penduduk kampung bimbang gangguan kera Kehadiran sekumpulan kera yang menimbulkan kacau ganggu, membimbangkan lebih 200 penduduk di Kampung Tanjong Kerayong, dekat Mukim Lebak, Temerloh. Tidak hanya berkeliaran di kawasan kampung, kumpulan haiwan itu juga berani menceroboh rumah penduduk. Bukan sahaja bahan makanan seperti telur dan roti, malah periuk nasi juga turut dilarikan. Laporan MOJO Sinar Harian Temerloh, Rosilawati Rosedi https://www.sinarharian.com.my/article/23687/EDISI/Pahang/Periuk-nasi-pun-kena-rembat

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Tuesday, April 16, 2019