Pusat 3S sehenti Hino di Batu Pahat dinaik taraf

Dari kiri: Ing Chyi, Atsushi dan Peng Soon ketika majlis perasmian pembukaan Pusat 3S Hino Batu Pahat pada Ahad.
Dari kiri: Ing Chyi, Atsushi dan Peng Soon ketika majlis perasmian pembukaan Pusat 3S Hino Batu Pahat pada Ahad.
A
A
A

PENGEDAR sah pengeluar kenderaan komersil, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino Malaysia) di Batu Pahat, Johor iaitu Chee Heng Workshop & Automobile Sdn Bhd (Chee Heng Workshop) menaik taraf pusat operasi sehentinya yang menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti kepada pelanggan.

Pelaburan bernilai RM1 juta terhadap operasinya itu meliputi bengkel seluas 0.4 hektar dan dilengkapi dengan kemudahan terkini yang mematuhi piawaian HINO dan ruang pameran jualan yang luas untuk tujuan paparan trak.

Selain itu, tempat penyedia perkhidmatan dikenali sebagai Pusat 3S itu juga mempunyai fasiliti terbaik antaranya 24 ruang servis dipermudahkan, kawasan istirahat dengan minuman percuma beserta WiFi bagi pelanggan yang menunggu.

Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama berkata, kewujudnan pusat penyelesaian sehenti itu akan membantu syarikatnya mencapai matlamat bagi membangunkan produk yang sesuai kepada setiap perniagaan dan pelanggan.

“Chee Heng telah bersama Hino sejak 1987 dan mereka dianggap sebagai salah satu pengedar perkhidmatan Hino tertua.

“Sebagai salah seorang peniaga yang berpengalaman, Hino mengakui komitmen dan dedikasi Chee Heng kepada Hino oleh itu Hino mempercayai Chee Heng untuk menjadi pusat penyelesaian sehenti di Batu Pahat,” katanya

Majlis perasmian pembukaan di Pusat 3S itu dihadiri oleh Atsushi; Pegawai Operasi Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd, Chan Ing Chyi; Pengerusi Chee Heng Workshop, Ch'ng Peng Soon dan Pengarah Urusan Chee Heng Workshop, Ch'ng Choon Huan.

Sementara itu, semasa ucapan perasmian Peng Soon berkata, pelaburan dibelanjakan itu bakal membolehkan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik di Pusat 3S berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Chee Heng bersama 13 juruteknik kami yang terlatih dan tiga jurujual komited untuk memastikan Chee Heng akan sentiasa hadir untuk semua pertanyaan pelanggan,” ujarnya.

Chee Heng Workshop yang mula bekerjasama dengan HINO pada tahun 1983 sebagai pengedar perkhidmatan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan komersial.

Bengkel syarikat tersebut yang sebelum ini dihadkan kepada 500 pengambilan perkhidmatan sebulan dan 24 pengambilan perkhidmatan setiap hari.

“Dengan kemudahan yang dinaik taraf di pusat 3S baharu, 13 juruteknik terlatih memiliki kapasiti untuk melakukan servis sehingga 1,000 unit sebulan dan 48 unit sehari dan ia ditampung oleh 12 ruang servis boleh digunakan

Chee Heng juga beroperasi sebagai pusat penyelesaian sehenti yang menawarkan antaranya pemeriksaan kenderaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), pemeriksaan di tapak mudah alih dan perkhidmatan trak tunda 24 jam.

Pusat 3S itu terletak di No. 3, Lorong 3, Jalan Kluang Beroleh, 83000 Batu Pahat, Johor dan beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi terus nombor telefon 012-2716825 untuk jualan dan 019-7346825 untuk selepas jualan.