Bayi setahun sembilan bulan lemas

Bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, di sini, pada Isnin. Foto hiasan
Bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, di sini, pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, di sini, pada Isnin.

Mangsa, Mohamad Putra Zhafran Mohamed Iswandiee ditemui pada jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, makluman diterima anggota bertugas di balai polis Pasir Mas dimaklumkan kejadian lemas tersebut.

Katanya, berdasarkan laporan oleh pengadu juga bapa saudara mangsa yang berusia 21 tahun, kejadian berlaku ketika dia bersama ibu pengadu sedang mengemas rumah.

“Semasa sedang leka mengemas rumah, pengadu dan ibu pengadu menyedari kanak-kanak itu tiada di dalam rumah.

“Apabila pengadu ke luar rumah dan turun ke banjir di halaman rumah, tiba-tiba badan mangsa timbul terapung di permukaan air,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Isnin.

Mayat dihantar ke Hospital Lati Pasir Mas bagi bedah siasat.

Artikel Berkaitan: