Muda kekal undi percaya sokong Anwar

Amir Abd hadi.
Amir Abd hadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan memainkan peranan dalam blok kerajaan dengan memberikan pandangan sama ada secara dalaman atau terbuka selain menjalankan peranan semak dan imbang demi memastikan agenda reformasi dilaksanakan.

Setiausaha Agungnya, Amir Abd Hadi berkata, sebarang usul yang melibatkan keabsahan kerajaan tersebut akan diundi selaras dengan perjanjian yang dimeterai antara parti berkenaan dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Muda baru sahaja selesai menjalankan perbincangan dalaman bersama semua pimpinan jawatankuasa eksekutif pusat dan wakil-wakil yang terlibat dengan Jawatankuasa Pilihanraya Muda yang berlangsung selama dua hari, pada 17 dan 18 Disember di Kuala Lumpur.

“Muda sekali lagi menyatakan komitmen menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai parti di blok kerajaan, Muda akan memberikan pandangan yang perlu sama ada secara dalaman atau terbuka serta menjalankan peranan semak dan imbang demi memastikan agenda reformasi dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau yakin akan mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen menerusi usul undi percaya dalam sidang khas pada Isnin.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan komitmen yang diberikan oleh ketua parti di bawah Kerajaan Perpaduan iaitu PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Artikel Berkaitan: