Banjir: TNB tutup pencawang di Kelantan, Terengganu

Sukarelawan memindahkan mangsa banjir ekoran banjir yang melanda daerah Setiu semasa tinjauan di Kampung Buluh Hilir. - Foto Bernama.
Sukarelawan memindahkan mangsa banjir ekoran banjir yang melanda daerah Setiu semasa tinjauan di Kampung Buluh Hilir. - Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik membabitkan 94 pencawang di Kelantan dan 228 di Terengganu setakat jam 11 pagi.

Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan menerusi hantaran laman Facebook TNB Carelines pada Isnin.

Di Kelantan penutupan melibatkan lima pencawang di Kota Bharu, Tanah Merah (lapan), Pasir Mas (59), dan Pasir Puteh (22).

Manakala 173 pencawang ditutup di Kemaman, Kuala Berang (50) dan Setiu, Terengganu (lima).

Penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat sekiranya keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, TNB memaklumkan pengguna boleh menghubungi pihaknya untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya paras air semakin meningkat.

Artikel Berkaitan: