Masa depan di tangan Messi sendiri - Scaloni

Scaloni (kanan) menyerahkan kepada Messi untuk memutuskan perjalanan karier bola sepaknya yang menuju ke penghujung. - Foto Agensi
Scaloni (kanan) menyerahkan kepada Messi untuk memutuskan perjalanan karier bola sepaknya yang menuju ke penghujung. - Foto Agensi
A
A
A

KEJAYAAN muncul juara Piala Dunia buat kali ketiga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai masa depan kapten Argentina, Lionel Messi dalam pengembaraan karier bola sepaknya.

Persoalan itu dijawab jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yang menyerahkan kepada pemain berusia 35 tahun itu untuk membuat keputusan.

Jika dia mahu terus bermain, dia akan bersama kami.

"Dia lebih berhak untuk memutuskan sama ada mahu kekal beraksi dengan Argentina atau tidak atau apa yang mahu dilakukan dalam kariernya," ujar Scaloni.

Scaloni yang kelihatan penuh emosi ketika sidang media selepas aksi final di Stadium Lusail memuji anak buahnya kerana berjuang bersungguh-sungguh menamatkan kemarau kejuaraan selama 36 tahun.

Pada perlawanan penuh dramatik di Doha, Argentina padu dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas hatrik Kylian Mbappe memastikan pertembungan itu berakhir 3-3 sehingga masa tambahan.

Messi menjaringkan dua gol untuk memenangi Piala Dunia pertama sepanjang karier gemilangnya.

Pada awalnya Messi mendedahkan kejohanan di Qatar itu akan menjadi yang terakhir buatnya tetapi Scaloni berkata, penyerang berpengalaman itu berhak membuat keputusan sendiri.

Artikel Berkaitan:

Jurulatih berusia 44 tahun itu memberitahu wartawan terpulang kepada Messi untuk menetapkan jangka masa persaraannya ketika mengulas kemungkinan kelibatnya pada Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

"Dia seorang pemain yang hebat. Satu kegembiraan buat kami untuk melatihnya dan rakan sepasukannya.

"Segala yang disampaikannya kepada rakan sepasukannya tiada tandingan, sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini," ujar Scaloni.