Undi percaya PM: PN sudah punya ketetapan, strategi

Khairil Nizam ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PN di
Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse pada Ahad
Khairil Nizam ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PN di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse pada Ahad
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai ketetapan dan strategi berhubung undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dengan ketetapan tersebut.

Kita sudah ada ketetapan, kita tunggu esok. Yang saya tahu, Insya-Allah kita akan dapat minimum 74 (undi).

"Kita tunggu esok, itu strategi," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.