Guru ditahan campak murid dari tingkat satu

Seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden tersebut. - Foto ANI
Seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden tersebut. - Foto ANI
A
A
A

NEW DELHI - Seorang guru ditahan selepas didakwa mencampak anak muridnya dari tingkat satu sebuah bangunan sekolah kerajaan di New Delhi, India.

Insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu berlaku sekitar jam 11.15 pagi (waktu tempatan) di Nagar Nigam Prathmik Vidyalaya pada Jumaat lalu.

Lapor media tempatan, mangsa dikenali sebagai Vandana berusia sekitar 10 tahun dikejarkan ke hospital, namun kecederaan parah dialaminya tidak mengancam nyawa.

Beberapa rakan sekelas mangsa memberitahu kepala Vandana turut 'dihempuk' menggunakan gunting.

Susulan itu, polis menahan Gita Deshwal dan wanita itu turut digantung tugas oleh pihak pentadbiran sekolah.

"Siasatan dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut apa yang mencetuskan kemarahan guru tersebut sehingga sanggup mencederakan muridnya.

"Apa pun, guru berkenaan sudah ditahan dan berdepan tuduhan cubaan membunuh," kata pegawai polis tempatan, Shweta Chauhan.

Difahamkan, mangsa yang dirawat di Hospital Bara Hindu Rao di tengah Delhi telah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan keadaannya kini dilaporkan stabil. - Agensi

Artikel Berkaitan: