[VIDEO] Kanak-kanak nyaris lemas di Pantai Penunjuk

Mangsa yang nyaris lemas di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman berjaya diselamatkan keluarga dan orang awam yang berkunjung ke pantai itu. - Foto Ihsan pembaca
Mangsa yang nyaris lemas di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman berjaya diselamatkan keluarga dan orang awam yang berkunjung ke pantai itu. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

KEMAMAN - Seorang kanak-kanak nyaris lemas ketika berkelah bersama keluarga di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini pada petang Jumaat.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 12 tahun berjaya diselamatkan ahli keluarga dan pengunjung di pantai berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Sabari Taib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.44 petang.

"Difahamkan, keluarga yang berasal dari Bandar Seri Bandi, Kijal datang ke pantai ini untuk berkelah.

"Kanak-kanak berkenaan yang ketika itu mandi bersama keluarga nyaris lemas setelah dipukul ombak, namun mangsa dapat diselamatkan ahli keluarga dan orang ramai yang berkunjung di pantai itu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sabari memberitahu, keluarga mangsa telah membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan: