Johor tutup kawasan rekreasi hutan simpan kekal mulai Sabtu

Notis penutupan taman eko rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan di hutan simpan kekal di Johor bermula Sabtu.
Notis penutupan taman eko rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan di hutan simpan kekal di Johor bermula Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kawasan Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda 4x4 yang terletak di dalam hutan simpan kekal di seluruh negeri ini akan ditutup bermula Sabtu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman berkata, penutupan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini berlaku pada musim tengkujuh.

"Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan 4x4 dalam hutan simpan seluruh negeri ini akan ditutup bagi memastikan tidak berlaku kejadian buruk ketika hujan lebih-lebih pada musim tengkujuh.

"Sebarang pelanggaran terhadap arahan itu akan diambil tindakan di bawah Enakman Perhutanan Negara 1985 negeri Johor," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Salim berkata, notis penutupan itu telah dimaklumkan di laman sosial rasmi jabatan dan orang ramai diminta merujuknya.

"Penutupan itu akan dibuat sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," jelasnya.

Artikel Berkaitan: