Tragedi tanah runtuh: Sultan Johor zahir ucapan takziah

Foto sumber Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Foto sumber Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Titah Sultan Ibrahim, baginda amat sedih apabila mengetahui tentang tragedi berkenaan.

“Saya amat sedih apabila membaca berita ini dan berharap seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa banyakan bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), pada Jumaat.

Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran Father's Organic Farm.

Sehingga jam 1 tengah hari, Jumaat, seramai 16 orang dilaporkan maut, manakala 17 mangsa lagi masih belum ditemui.

Artikel Berkaitan: