Lelaki warga Thailand terlepas hukuman gantung

Alsu Nichi diiring polis di Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat.
Alsu Nichi diiring polis di Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pembantu dapur warga Thailand terlepas hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat melepas dan membebaskannya atas pertuduhan membunuh rakan senegara di belakang sebuah restoran di Taman Bukit Emas, di sini tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datin Rohani Ismail terhadap tertuduh, Alsu Nichi, 22, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Rohani dalam penghakimannya di akhir kes pendakwaan berkata, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh selepas membuat penilaian secara maksimum.

"Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie (keraguan munasabah) terhadap pertudahan kes ini," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Abdul Rosah Jamu, 24, di belakang sebuah restoran di Jalan Tampin Bukit Emas di sini pada jam 9.30 malam, 21 April 2019.

Berikutan itu, tertuduh yang berasal dari Pattani, Thailand didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 18 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Alauddin Baharom manakala tertuduh diwakili peguam, Haresh Mahadevan, Nurul Aina Ardilla dan Vivi'asnita Zaina'larifin.

Artikel Berkaitan: