Perjanjian sokong Kerajaan Perpaduan dimeterai esok - Nanta

Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS, pada Khamis. - Foto Bernama
 
Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS, pada Khamis. - Foto Bernama  
A
A
A

KUCHING - Satu perjanjian persefahaman bagi menyokong Kerajaan Perpaduan yang melibatkan kesemua gabungan parti yang membentuknya akan dimeterai petang Jumaat.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kepimpinan tertinggi GPS pada Khamis telah bermesyuarat bagi memperhalusi draf perjanjian berkenaan.

Objektif utama perjanjian ini adalah supaya kesemua parti yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan ini bersatu dalam kita membentuk satu kerajaan dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat itu yang dipengerusikan Pengerusi GPS dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini.

Menurutnya, GPS memberi jaminan akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sekiranya usul undi percaya diadakan di Dewan Rakyat Isnin depan.

Katanya, sokongan gabungan itu terhadap kerajaan ketika ini turut mengambil kira kepentingan dan hak Sarawak termasuklah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Bagi GPS, yang penting adalah hak Sarawak terjamin,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: