Jasmine lancar dua produk baharu

Lim (kiri) bersama Jalaluddin melancarkan dua produk baharu Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals di sini pada Khamis. -Foto: HALIM WAHID
Lim (kiri) bersama Jalaluddin melancarkan dua produk baharu Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals di sini pada Khamis. -Foto: HALIM WAHID
A
A
A

JASMINE Food Corporation memperkenalkan dua produk baharu Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals.

Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine, Lim Sweat Keat berkata, buat permulaan pihaknya menyasarkan jualan 100,000 karton jualan kedua-dua produk berkenaan.

Menurutnya, ia merupakan produk makanan segera keluarannya selepas lebih 60 tahun memasarkan beras jenama Jasmine di Malaysia.

"Terdapat dua pilihan perisa bagi setiap produk berkenaan iaitu bagi Jasmine XXL Bihun Segera (sup ayam dan kari putih) manakala Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals didatangkan khas dengan pes (ayam masak merah dan kari ayam)," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran produk berkenaan di sebuah pusat membeli-belah pada Khamis.

Demonstrasi penyediaan Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals oleh Datuk Jalaluddin Hassan. -Foto: HALIM WAHID
Demonstrasi penyediaan Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals oleh Datuk Jalaluddin Hassan. -Foto: HALIM WAHID

Turut hadir pada pelancaran itu, duta beras jenama Jasmine, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan

Menurut Sweat Keat, Jasmine XXL Bihun Segera dijual pada harga pasaran RM8 hingga RM15 manakala Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals RM28 hingga RM32.

"Produk ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati di 14,000 rangkaian pasaraya dan kedai runcit seluruh negara serta boleh didapati dengan mudah menerusi Shopee dan Lazada," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals adalah lanjutan daripada PusaCream Parboiled Basmathi yang terkenal daripada Jasmine.

"Ia produk sedia untuk dimasak yang didatangkan dengan 400 gram beras PusaCream Basmathi, pes briyani untuk nasi dan pilihan pes ayam masak merah serta kari ayam untuk empat orang makan yang boleh siap dalam tempoh 30 minit," ujarnya.

Sementara itu, pada majlis sama, Jasmine turut melancarkan Kempen Tahun Baru Cina dengan menganjurkan peraduan Priceless Memories Snap & Menang di mana pelanggan bertuah boleh memenangi hadiah sehingga RM38,888.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membeli produk Jasmine minima RM30, muat naik resit dan gambar bersama keluarga di www.priceless.com.my dengan penyertaan sah bermula 21 Disember 2022 hingga 15 Februari 2023.