Bukan keutamaan KPM untuk iktiraf UEC

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika Sidang Media Khas di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika Sidang Media Khas di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebaliknya kata Menteri Fadhlina Sidek, kementerian akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.

"Apa-apa berkait dengan manifesto juga akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap pasal manifesto PH semata-mata,” katanya menerusi sidang akhbar khas di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita berhubung kedudukan UEC dalam manifesto PH.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Sebelum ini Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Artikel Berkaitan: