Pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 akan diperhalusi - Rais

 Dr Rais Yatim
Dr Rais Yatim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (TIA) Dewan Negara bagi memperhalusinya sebelum ia dibawa ke sidang Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia diputuskan selepas beliau menerima kunjungan hormat wakil Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) yang mewakili 39 kesatuan sekerja di Parlimen pada Khamis.

Dua perkara penting dibangkitkan CAMU adalah tidak ada penubuhan kesatuan sekerja berlapis-lapis atau terlalu banyak bilangannya dan melihat semula kuasa-kuasa tertentu yang membantutkan hak asasi kesatuan sekerja dan hak anggotanya.

"CAMU mengemukakan rayuan supaya Dewan Negara meneliti sedalam-dalamnya peruntukan-peruntukan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pada 5 Oktober lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 antaranya bertujuan memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan mengikut pilihan sendiri. - Bernama

Artikel Berkaitan: