JKM kesan waris Aleesya Saffiya

Aleesya Saffiya Abdul Hafiz
Aleesya Saffiya Abdul Hafiz
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Shah Alam sedang mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

JKM dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak terbabit, Aleesya Saffiya Abdul Hafiz kini berada dalam Jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Ibu kanak-kanak dengan nama, Nur Shahira Abdullah perlu tampil bagi proses membantu siasatan pihak jabatan sebelum kanak-kanak dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Shah Alam pada 20 Disember ini.

"Dimohon agar ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam, Unit G2 Tingkat G, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak terbabit juga boleh berhubung dengan pegawai kes (Pelindung), Nurul Ain Mohd Shakdan di talian 03-5545 8901.

Artikel Berkaitan: