Piala Dunia terakhir Messi

Messi
Messi
A
A
A

BINTANG sensasi Argentina, Lionel Messi mengesahkan final Piala Dunia Qatar akan menjadi penampilan terakhir buatnya dalam kejohanan temasya terbesar dunia itu.

Messi membantu kemenangan Argentina 3-0 menentang Croatia pada aksi separuh akhir pada Rabu dan akan melakukan penampilan ke-172 dalam usaha menamatkan kemarau Piala Dunia buat negaranya sejak 1986.

Saya rasa sangat gembira untuk sampai ke tahap ini dan untuk menamatkan perjalanan Piala Dunia dengan bermain perlawanan terakhir di final.

"Beberapa tahun lagi untuk edisi Piala Dunia seterusnya dan saya tidak rasa mampu melakukannya. Untuk mengakhiri seperti ini adalah sangat bagus," katanya.

Pemain berusia 35 tahun itu beraksi dalam Piala Dunia kelimanya mengatasi rekod empat kali Diego Maradona dan Javier Mascherano.

"Ia rekod yang baik, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mengapai matlamat pasukan yang akan menjadi perkara paling indah pernah berlaku.

"Kami hanya satu langkah lagi ke arah itu (menang Piala Dunia), kami akan lakukan sehabis baik," katanya.

Artikel Berkaitan: