Bomba selamatkan keluarga terperangkap dalam banjir kilat

Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Muhibbah, Tanjung Serindit Kota Tinggi, pada pagi Rabu.- Foto Bomba
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Muhibbah, Tanjung Serindit Kota Tinggi, pada pagi Rabu.- Foto Bomba
A
A
A

KOTA TINGGI - Empat sekeluarga termasuk seorang warga emas di Kampung Muhibbah, Tanjung Serindit di sini yang terperangkap apabila rumah mereka dinaiki air pada pagi Rabu, diselamatkan anggota bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Noor Ikhson Shukor berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.47 pagi.

Susulan itu, seramai lapan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah unit bot fiber dan kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kejadian.

"Setibanya anggota di lokasi kejadian, terdapat empat mangsa terperangkap di dalam rumah yang dinaiki air akibat banjir.

"Mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun, seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita berusia 54 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 13 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, anggota bomba memindahkan kesemua mangsa dengan menggunakan bot ke dewan orang ramai dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan: