Tahfiz Arrasyid anjur kem sempena cuti sekolah

Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan sepanjang kem Tarbiyah Huffaz pada 17 hingga 24 Disember ini sempena cuti persekolahan.
Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan sepanjang kem Tarbiyah Huffaz pada 17 hingga 24 Disember ini sempena cuti persekolahan.
A
A
A

KLANG - Madrasah Tahfiz al-Quran Arrasyid di sini akan menganjurkan kem Tarbiyah Huffaz pada 17 hingga 24 Disember ini sempena cuti persekolahan.

Mudir, Mohd Khairulnizam Abd Ghani berkata, sepanjang kem tersebut berlangsung pelbagai pengisian melibatkan hafazan al-Quran, fardu ain, sukan dan sebagainya akan didedahkan kepada peserta.

“Kem ini terhad kepada 100 peserta sahaja dan hanya terbuka kepada remaja lelaki berumur 12 hingga 15 tahun.

“Kami mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh negara yang berminat untuk mendapatkan tarbiyah dan pengalaman bersama al-Quran dalam tempoh seminggu tersebut,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 010-2172345 atau layari laman sesawang www.tahfizarrasyid.com.

Ujarnya, peluang ini harus digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan masa terluang anak-anak sepanjang musim cuti sekolah dapat digunakan sebaik mungkin untuk menambah ilmu agama.

Artikel Berkaitan: