AS cuba berbaik semula dengan China

Wang Wenbin. - AFP
Wang Wenbin. - AFP
A
A
A

BEIJING - Beijing memaklumkan delegasi kanan Amerika Syarikat (AS) melawat China bagi membincangkan kaedah memperbaiki hubungan dan isu Taiwan ketika kedua-dua pihak meletakkan asas untuk lawatan Setiausaha Negara, Antony Blinken pada awal 2023.

Menurut Beijing, rundingan itu membabitkan diplomat tertinggi AS untuk Asia Timur, Daniel Kritenbrink, Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara untuk China dan Taiwan, Laura Rosenberger dan Naib Menteri Luar China, Xie Feng yang diadakan dua hari sehingga Selasa di wilayah utara Hebei.

Lawatan itu dibuat selepas pemimpin China, Xi Jinping dan Presiden AS, Joe Biden berjanji untuk membaiki hubungan rapuh pada sidang kemuncak di Bali, Indonesia bulan lalu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, kedua dua pihak di Hebei 'mempunyai perbincangan mendalam mengenai pelaksanaan konsensus yang dicapaI pada Sidang Kemuncak Bali.

Wang berkata, mesyuarat turut menyentuh mengenai Taiwan yang menjadi punca ketegangan Beijing dan Washington semakin meningkat.

Tambahya, Xie, Kritenbrink dan Rosenberger bercakap mengenai 'mengukuhkan pertukaran di semua peringkat' dan 'bersetuju mengekalkan komunikasi'

Dalam pada itu, AS menyatakan pihaknya membincangkan mengenai Korea Utara, yang mana Washington mahu lebih banyak tekanan daripada Beijing serta perang Russia di Ukraine.

"Perbincangan itu 'berterus terang'. Ia adalah substantif," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada wartawan.. - AFP

Artikel Berkaitan: